Sunday, May 10, 2009

Perak oh Perak...

7 Mei 2009 tercatat lagi satu sejarah di negara kita malah mungkin di dunia...tak pernah berlaku lagi di mana speaker dewan diheret keluar dengan cara yang amat tidak bertamadun. Apa dah jadi? Sampai bila akan berakhirnya kemelut di Perak kita pun tak tahu.

Sesungguhnya yang kerugian ialah seluruh rakyat Perak tanpa mengira kaum dan pegangan politik. Dalam era ekonomi tengah gawat dan merudum, ketidakstabilan politik di Perak akan menambah barah yang amat serius kepada negara.

Dah tiba masanya PM kita Najib menunaikan janji-janjinya dalam konsep 1Malaysianya. Takkan seorang PM tidak tahu natijahnya jika kemelut di Perak ini tiada penghujungnya. Sememangnya tiada lagi jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini selain mengadakan pilihanraya di Negeri Tok Maharajalela ini. Jangan biarkan ada yang menang sorak tapi kampung tergadai!!!!!!

Fikir-fikirkanlah wahai pemimpin negara!!!

Saturday, April 18, 2009

UMNO mengalah sebelum kalah

Kenyataan PM yang dipilih oleh tak sampai separuh rakyat Malaysia (dlm UMNO & BN pun ada yang tak sokong) kemungkinan tidak BN tidak bertanding dalam pilihanraya DUN Penanti adalah tanda awal bendera putih dikibarkan. Sememangnya pihak mana yang tak fobia bila berjuta wang ringgit ditaburkan, semua media digunakan dan segala-galanya dah digerakkan namun BN tetap kalah 4-0 (di Semenanjung) dalam tempoh setahun selepas PRU 2008 yg lepas.

Pelbagai isu yang dibawa sehinggakan seolah pihak PR ibarat pengganas kejam di negara ini yang tidak ada satu kebaikan langsung telah dijaja ke seluruh pelusok dunia. Namun begitu pemikiran rakyat jelata kini bukan seperti 51 tahun dulu. Sebenarnya apa yang dimahukan oleh rakyat hanyalah KEADILAN! Ia bermaksud adil dalam semua perkara! Rakyat dah jemu dengan dengan pelbagai ketidakadilan, ketirisan, rasuah (a.ka. politik wang dlm UMNO saja), birokrasi dan banyak lagi yang rakyat jelata tahu tetapi sering dipandang ringan (dibuat bodoh je) atau tak buiat apa-apa pun oleh pihak UMNO dan BN hanya kerana hendak menjaga kepentingan pihak tertentu.

Saya berpendapat bahawa jika UMNO dan BN mahu dihormati semula atau mendapat restu rakyat semula caranya amatlah mudah. Jawapannya ialah tegakkan KEADILAN! Banyak kes-kes yang melibatkan pimpinan BN yang makin lama makin lenyap yang tidak diambil tindakan langsung. Kalau ada pun tindakan hanyalah ikan-ikan bilis yang tak berkuasa. Tak payahlah dihuraikan kes-kes tersebut. Semua orang dah tahu. Kapal selam, video lingam, motif pembunuhan Altantuya, rasuah a.ka. politik wang dalam pemilihan UMNO dan banyak lagi lah.
Jadi, kalau semua perkara ini ditangani dengan penuh telusan dan keadilan tanpa mengira sesiapa pun (bukan ikan bilis je...bapak2 jerung pun mesti kena) saya percaya keyakinan rakyat akan pulih.

Percayalah...bukan semua rakyat suka berpolitik. Umumnya rakyat hanya ingin menjalani kehidupan seharian dengan aman dan tenang. Aman dengan tidak ada jenayah dan Tenang tanpa Hutang! Rakyat ingin ekonomi negara segera dipulihkan dan pendapatan dan kebajikan mereka terjaga dan terbela...itu saja!

Renung-renungkanlah......

Wednesday, April 15, 2009